2483
bacaan
Kembali
Dalam arus dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih telah memudahkan kita mengakses internet pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada.dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti rangkaian jalur lebar ,telefon pintar serta tablet. Berikut dikongsikan beberapa tip agar adik-adik menjadi pengguna yang berhemah sewaktu berada di alam siber:
Maklumat peribadi
Jangan kongsikan maklumat peribadi seperti nama, alamat rumah dan alamat sekolah serta nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali di alam siber
Kata laluan
Jangan kongsikan kata laluan (password) dengan sesiapa jua di alam siber kecuali dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Jika adik-adik menggunakan komputer awam di kafe siber, pastikan adik-adik 'logout' akaun emel, facebook atau apa jua aplikasi internet setelah selesai menggunakannya.
Gambar
Jangan kongsi gambar atau video secara 'online'
Rakan Online
Jangan berjumpa dengan rakan-rakan yang dikenali secara 'online' kecuali mendapat kebenaran ibu bapa. Pastikan adik-adik ditemani oleh ibu, bapa, abang atau kakak.
Iklan Online
Jangan beli barangan secara 'online' kerana terdapat iklan dibuat dengan tujuan menipu. Sila semak kesahihan iklan sebelum membuat pembelian.
Muat-turun
Jika adik-adik ingin memuat turun sesuatu secara 'online' melalui pautan di laman sesawang atau menerusi fail yang dihantar melalui emel, bertanyalah dahulu kepada ibu bapa. Ini kerana pautan atau fail yang dimuat-turun tersebut mungkin mengandungi virus yang boleh mengancam komputer.
Membuli
Jangan hantar mesej yang berunsur buli atau menjatuhkan orang lain melalui internet. Jika adik adik menerima mesej berunsur buli, maklumkan perkara tersebut kepada ibu bapa.
Laman Rangkaian Sosial
Kebanyakan laman rangkaian sosial mempunyai had umur yang tertentu. Jangan aktifkan akaun laman sosial jika adik-adik belum mencapai had umur yang dibenarkan.
Kaji selidik
Jika adik-adik melayari internet untuk membuat kaji selidik mengenai kerja yang diberi guru, adik-adik disarankan agar mendapatkan nasihat guru atau ibu bapa untuk mengakses laman sesawang yang betul.
Semoga perkongsian ini menjadikan adik-adik tergolong dalam Komuniti Digital Malaysia yang sentiasa menimba ilmu pengetahuan mengenai keselamatan siber supaya termasuk dalam kelompok yang pintar, berhemah dan bertanggungjawab.
Sumber:
Mohd Syamil Mohd Yusoff