14394
bacaan
Kembali
Pada keluaran November 2013 yang lalu, adik-adik telah belajar mengenai Penyebaran Virus Komputer. Virus komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik. Jom kita belajar cara-cara mencegah virus dari memasuki komputer:
Komputer adik-adik perlulah mempunyai satu perisian antivirus seperti Kapersky, Avira, Avast, AVG, McAfee, dan Bitdefender yang dapat berfungsi untuk mengesan dan menghapuskan virus yang memasuki atau berada di dalam komputer. Adik-adik perlu memastikan antivirus sentiasa dikemaskini.
Ia adalah satu program yang dapat menapis dan menyekat maklumat-maklumat yang jahat daripada terus memasuki komputer. Tanpa firewall penggodam atau hacker yang ada pada jaringan boleh merosakkan dan mendapatkan akses ke dalam fail komputer. Kebanyakan sistem operasi komputer telah disertakan sekali dengan perisian firewall yang mudah dengan hanya mengaktifkannya.
Adik-adik dinasihatkan untuk tidak membuka sebarang pautan yang mencurigakan semasa melayari internet. Sekiranya adik-adik menekan pautan tersebut, mereka yang berniat jahat akan menghantar virus kepada komputer adik-adik tanpa disedari.
Adik-adik juga dinasihatkan untuk tidak memuat turun sebarang fail yang mencurigakan bagi mengelak virus memasuki komputer. Pastikan adik-adik memuat turun fail daripada laman web yang boleh dipercayai. Lakukanlah pengimbasan virus sebelum menggunakan fail yang dimuat turun.
Jika adik-adik mahu menggunakan pendrive, flash drive dan hard disk di dalam komputer, pastikan ianya diimbas (scan) terlebih dahulu sebelum membukanya.
Jika adik-adik menerima lampiran e-mel daripada punca yang mencurigakan, adik-adik tidak harus membuka e-mel tersebut kerana dikhuatiri mereka yang berniat jahat akan menghantar virus kepada komputer adik-adik. Jangan buka sebarangan lampiran sehingga benar-benar pasti apa isi kandungannya.
Data yang dirosakkan oleh virus, tidak boleh diperbaiki oleh perisian antivirus. Untuk mengelakkan virus, adik-adik perlu membuat salinan data ke dalam pendrive atau pun external hard disk bagi mengelakkan data adik dimusnahkan oleh virus. Dengan itu, adik tidak perlu risau lagi akan kehilangan fail atau data dalam komputer.
Virus yang menyerang komputer amat bahaya jika dibiarkan. Virus boleh masuk ke dalam komputer pada bila-bila masa jika adik-adik tidak berhati-hati semasa menggunakannya. Oleh itu, adik-adik bolehlah mengamalkan tip pencegahan virus komputer ini.
Sumber:
Noor Asyikin Zulkifli