3816
bacaan
Kembali
Berbual dengan rakan-rakan menggunakan Internet memang menyeronokkan. Kita boleh berjumpa kawan baru yang kebetulan meminati 'game' atau lagu yang sama seperti kita. Kita haruslah berhati-hati apabila berkenalan menggunakan Internet kerana susah untuk kita memastikan niat dan identiti sebenar seseorang. Apatah lagi rakan yang kita tidak pernah temui.
Cuba adik-adik bayangkan yang dunia digital atau Internet ini umpama sebuah kompleks membeli-belah yang sangat besar dan dipenuhi orang ramai yang pelbagai rupa serta perangai. Ada orang yang boleh dipercayai, dan ada juga orang yang suka menipu serta ingin mengganggu anda. Jadi, jangan mudah mempercayai sesiapa yang dikenali melalui Internet. Ini kerana terdapat pelbagai penipuan hanya dengan menggunakan gambar palsu dan nama samaran.
Kita sendiri tahu, betapa senangnya berbohong di Internet. Apabila kita berada dalam Internet seorang diri, kita mesti sentiasa berhati-hati dengan penipu dan penjenayah yang ada kalanya kelihatan baik.

Jadi, mari kita lihat dan amalkan tip-tip berikut:
Pastikan 'setting' adalah 'private' bagi semua akaun laman sosial yang lain. Jangan masukkan butir-butir peribadi.
Adik-adik berhak mengatakan TIDAK jika seseorang membuat adik-adik berasa tidak selesa dengan apa-apa mesej atau permintaan melalui Internet. Jika menghadapi sebarang gangguan atau dibuli, dapatkan bantuan pihak Cyber Security Malaysia dengan menghantar e-mel kepada cyber999@cybersecurity.my
Jangan menggunakan nama penuh seperti yang tercatat dalam kad pengenalan. Sebaliknya gunakan nama samaran atau nama panggilan.
Contoh penyamaran yang tidak dibenarkan:
  • menyamar sebagai pegawai kerajaan seperti polis, pegawai kastam, dan sebagainya.
  • menyamar sebagai seorang selebriti.
  • menggunakan identiti palsu untuk melakukan perbuatan yang berniat menyalahi undang-undang.
  • membuka akaun Facebook (atau apa jua akaun media sosial) dengan menggunakan identiti palsu, serta menyalahgunakan akaun tersebut untuk tujuan yang tidak elok.
  • Akhir sekali, apabila adik-adik berasa ragu-ragu atau keliru, tanyalah ibu bapa atau guru.
    Untuk keterangan lanjut layari: www.cybersafe.my
    Artikel telah diolah daripada:
    Sandra Isnaji, Manager, Branding & Media Relation, CyberSecurity Malaysia.