2142
bacaan
Kembali
Penggunaan gajet canggih dan berteknologi tinggi semakin mendapat tempat dan popular dikalangan orang dewasa juga para remaja. Penggunaan gajet canggih seperti notebook, i-pad, tablet dan smartphone semakin diminati bertujuan sama ada untuk hiburan seperti mendengar muzik, menonton filem, bermain permainan komputer, berbual dengan rakan-rakan dan juga membeli belah secara on-line. Penggunaan gajet canggih sebagai alat perhubungan di alam
siber ini dapat menjimatkan masa dan kos kepada pengguna.
Namun, penggunaan gajet-gajet tersebut mengundang pelbagai
ancaman siber yang terdedah kepada kita kerana ianya boleh
mendatangkan kesan yang tidak baik dan membahayakan. Ancaman
siber sering dikaitkan dengan penjenayah siber yang digelar sebagai
penggodam komputer atau hacker. Kegiatan penggodam komputer ini
menunjukkan betapa mahirnya mereka menggunakan gajet canggih khususnya komputer bagi mendapatkan maklumat tertentu atau menceroboh sistem keselamatan sesuatu bangunan bagi mencapai misi.
Secara amnya, penggodam komputer adalah seseorang yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam bidang komputer. Dia berupaya untuk mengeksploitasi atau mencerobohi sesebuah sistem komputer. Aktiviti menggodam komputer selalu dikaitkan dengan perkara yang menyalahi undang-undang kerana sering dilakukan dengan tujuan yang tidak baik. Namun, tidak semua penggodam komputer adalah penjenayah siber kerana penggodam komputer terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Penggodam komputer ini boleh dikategorikan sebagai penjenayah siber. Dia menggunakan teknologi seperti internet dan komputer untuk tujuan keganasan, penipuan, mencuri identiti, mencuri informasi sulit, vandalism atau untuk melakukan jenayah-jenayah siber yang lain. Penggodam ini lazimnya menggunakan kemahiran mereka untuk mengambil alih kawalan ke atas komputer mangsa melalui sebuah rangkaian atau mengeksploitasi perisian (software cracking).
Penggodam Topi Putih adalah seseorang yang menggunakan kemahiran dan pengetahuannya untuk mengambil alih kawalan ke atas komputer orang lain. Namun, dia melakukannya bukan untuk menyalahgunakan kemahiran mereka seperti penggodam topi hitam. Penggodam kategori ini lazimnya mengambil alih kawalan komputer bagi mengetahui kelemahan sistem keselamatan komputer tersebut untuk tujuan meningkatkan ciri-ciri keselamatannya.
Jadi, tidak salah untuk kita menjadi seorang penggodam yang mahir asalkan niat dan tujuan kita betul serta tidak menyebabkan kesusahan kepada orang.
Sekiranya anda perlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pusat Bantuan Cyber999 melalui emel di cyber999@cybersecurity.my atau hubungi Talian Nur di 15999. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.cybersecurity.my dan www.cybersafe.my.
Sumber:
Dzarul Farhan Dzahar, CyberSecurity Malaysia