1481
bacaan
Kembali
Kata laluan merupakan benteng pertahanan yang harus
diberi perhatian oleh semua pengguna internet. Tujuannya
untuk menjaga keselamatan semasa berada dalam talian. Kata laluan
terbaik adalah yang mudah diingat dan susah diteka oleh orang lain. Langkah
terbaik penggunaan kata laluan adalah dengan tidak menggunakan kata laluan yang
sama bagi semua laman web. Namun mengingati kata laluan yang berbeza boleh menjadi
satu cabaran kepada kita.
Ini kerana jika seseorang menceroboh satu akaun, mereka mampu menceroboh akaun-akaun yang lain. Justeru, jangan menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap laman sosial.
Sebelum membuat keputusan untuk memilih kaedah rekaan kata laluan, anda harus ingat bahawa laman web berbeza memiliki peraturan kata laluan yang berbeza. Namun garis panduannya adalah sama dan perlu dipatuhi:
Kata laluan tidak kurang lapan abjad yang mengandungi gabungan huruf dan nombor.
Cara mencipta kata laluan yang unik ialah memilih satu kata laluan yang boleh dijadikan kata laluan dasar.
Gabungkan ia dengan nama laman web yang diguna.
Contohnya, anda memilih “qwerty” sebagai kata laluan dasar. Jadi, kata laluan bagi akaun Yahoo anda ialah QWERTYYH. Kata laluan akaun facebook pula ialah QWERTYFCBK.
Dengan menggunakan huruf yang sama pada permulaan semua kata laluan. Misalnya “initial” anda dan nombor kegemaran dengan tiga huruf pertama nama perkhidmatan yang digunakan. Dengan ini jika nama anda Zack Abdullah, kata laluan akaun Gmail anda ialah ZA22GMA dan untuk YouTube ZA22YOU. (“initial” nama samaran boleh dimasukkan untuk menambahkan kekuatan keselamatan kata laluan)
Huruf pertama dalam satu frasa atau nama lagu.
Contohnya, jika menggunakan lagu popular Michael Jackson “Heal The World”. Kata laluan dasar ialah “HTW”.
Guna susunan huruf pada papan kekunci seperti “YUI” atau “ZXCV”. Hanya perlu lihat papan kekunci untuk mengingati kata laluan.
Untuk perlindungan tambahan, pilih kata laluan dasar yang senang diingati. Contohnya “initial” nama ibu, atau perkataan seperti “kuching”. Kemudian alihkan jari anda satu baris ke atas apabila menaipnya. Jadi “kuching” akan menjadi “i7dy8ht”.
Namun dalam menggunakan kata laluan berformula ini, terdapat sesetengah laman web memiliki syarat-syarat tersendiri. Misalnya tidak membenarkan huruf-huruf tertentu, perlu lebih daripada 12 huruf, nombor dan huruf , huruf sahaja atau nombor sahaja. Dalam situasi sebegini, perubahan perlu dibuat dan dicatat untuk laman web berkenaan.
Kami harap panduan ini dapat membantu anda untuk memikirkan kata laluan yang baharu. Ingat, alam maya juga memiliki cabaran, risiko dan ancaman tersendiri. Lebih baik anda melindungi aktiviti di dalam talian.
Jika anda perlukan sebarang bantuan, sila hubungi Cyber999 melalui emel di cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my dan talian telefon bimbit +6019 2665 850 pada bila-bila masa sahaja atau anda memerlukan lebih informasi, boleh melayari laman web www.cybersecurity.my dan www.cybersafe.my untuk lebih informasi. Anda juga boleh menghubungi Talian Nur di 15999.
Sumber:
Aaron Mokhtar