1600
bacaan
Kembali
Internet bukan lagi satu platform informasi yang asing bagi masyarakat dunia masa kini. Penggunaannya yang meluas dan meliputi semua golongan sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa, membuatkan Internet satu keperluan dalam kehidupan.

Namun kadangkala ianya membawa kepada ketagihan. Penggunaan Internet yang tidak terkawal sudah tentu akan membawa kepada permasalahan sosial serta fizikal pengguna. Situasi ini dapat dielakkan jika langkah-langkah pengurusan masa penggunaan Internet diterapkan di dalam jadual harian kita. Antara langkah-langkahnya ialah:-
Senaraikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada hari biasa. Ini termasuk waktu bekerja, waktu bersama keluarga dan waktu keperluan peribadi seperti makan, tidur, mandi dan solat. Lebihan masa yang tinggal adalah waktu ‘riadah’ Internet anda. Ingat! Hanya senaraikan aktiviti anda di luar talian terlebih dahulu.
Senaraikan sekurang-kurangnya lima laman sesawang yang menjadi kebiasaan anda lawati. Anda juga boleh senaraikan mengikut kepentingan setiap laman sesawang serta aktiviti yang ingin anda lakukan di situ.
Senarai Aktiviti Harian
  1. Solat
  2. Sarapan
  3. Senaman
  4. Mandi
  5. Menolong ibu membuat kerja-kerja rumah
  6. Makan tengahari
  7. Tidur
  8. Beriadah bersama rakan-rakan
  9. Membuat kerja sekolah
  10. Masa internet
Fikir apa yang anda ingin lakukan di setiap laman yang disenaraikan. Keperluan harus diutamakan sebelum kemahuan! Jika tidak, anda mungkin akan menghabiskan seluruh masa di dalam satu laman sahaja.

Senarai Utama Laman Sesawang Untuk Dilawati:
www.facebook.com/asuhmagazine
Melihat kemaskini informasi tentang aktiviti Asuh, berinteraksi dengan rakan-rakan Asuh.
www.galeriilmu.com
Melihat keluaran terbaru majalah-majalah dari penerbit.
www.utusan.com.my
Membaca berita-berita terkini yang menarik berkaitan pembelajaran.
www.cybersafe.my
Membaca informasi-informasi terbaru tentang helah di dalam internet.
www.youtube.com
Menonton klip-klip video selawat serta tutorial Pembelajaran.
Jujur dengan diri anda dan patuh pada masa yang telah ditetapkan!
www.facebook.com/asuhmagazine
Melihat kemaskini informasi tentang aktiviti Asuh, berinteraksi dengan rakan-rakan Asuh.
www.galeriilmu.com
Melihat keluaran terbaru majalah-majalah dari penerbit.
www.utusan.com.my
Membaca berita-berita terkini yang menarik berkaitan pembelajaran.
www.cybersafe.my
Membaca informasi-informasi terbaru tentang helah di dalam internet.
www.youtube.com
Menonton klip-klip video selawat serta tutorial Pembelajaran.
Tahniah! Anda sudah mempunyai pelan jadual pengurusan masa penggunaan Internet. Hargailah masa yang diberikan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah. Tubuh badan yang sihat membawa kepada minda yang cerdas. Pastikan anda sentiasa bijak dan sentiasa selamat.
Sekiranya anda perlukan sebarang bantuan, sila hubungi Cyber999 melalui emel di cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my.
Sumber:
Edwan Aidid