3881
bacaan
Kembali
Konvensyen hak kanak-kanak merupakan perjanjian antarabangsa yang mengenalpasti hak kemanusiaan kanak-kanak yang berumur sehingga 18 tahun. Kerajaan Malaysia telah menandatangani dan meluluskan konvensyen ini pada bulan Februari tahun 1995. Konvensyen ini mengandungi 54 artikel dan dua protokol pilihan.
Hak untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan sejahtera;
Untuk berkembang membesar dengan sepenuhnya;
Hak untuk dilindungi daripada pengaruh yang memudaratkan, penderaan dan eksploitasi;
Dan untuk melibatkan diri sepenuhnya di dalam kehidupan keluarga, budaya dan sosial.
Identiti
Tempat tinggal
Penjagaan kesihatan
Keselamatan
Pendidikan
Perlindungan khas ketika berlakunya
tiada diskriminasi (artikel 2);
apa yang terbaik untuk kanak-kanak (artikel 3);
hak kanak-kanak terhadap kehidupan yang sihat, sejahtera dan berkembang (artikel 6);
menghormati pandangan dan pendapat daripada kanak-kanak (artikel 12).
CRC percaya bahawa setiap kanak-kanak – tidak kira di mana mereka dilahirkan, kumpulan etnik mereka, samada mereka lelaki ataupun perempuan, kaya atau miskin - mereka semua mempunyai peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan berhak untuk bersuara dan diberi perhatian.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang konvensyen ini, sila layari:
http://www.unicef.org/malaysia/childrights.html
Upin & Ipin - Boria Suka-Suka [Sing-Along]
oleh Les' Copaque Production
Upin & Ipin - Episod Hak Kanak-kanak

oleh Les' Copaque Production
Artikel telah diolah daripada:
Lampiran Fakta, Bahagian Komunikasi UNICEF Malaysia.