3712
bacaan
Kembali
Jangan beritahu kata laluan akaun peribadi anda kepada sesiapa pun walaupun kepada sahabat karib. Jika kata laluan tersebut tidak lagi selamat, tukar dengan segera!
Sebelum andamemuat naik atau menghantar gambar yang kurang sopan di Internet, fikir seketika tentang akibat yang anda bakal diterima kerana gambar tersebut.
Jangan buka mesej (e-mel, pesanan teks, mesej di media sosial) daripada orang yang tidak dikenali. Padam tanpa perlu membacanya. Ia mungkin mengandungi virus!
Jangan simpan kata laluan di ruangan 'simpan kata laluan' walaupun ia bertujuan memudahkan anda. Banyak maklumat yang boleh diambil sekiranya orang lain mendapat akses akaun kita. Log keluar dari mana-mana media sosial jika tidak menggunakannya lagi.
Sentiasa buat carian nama anda di enjin carian (search engine) seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya. Jika terdapat maklumat atau gambar yang bertujuan untuk menjadikan anda sebagai sasaran, segera padamkan atau laporkan perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.