5212
bacaan
Kembali

Dunia siber sememangnya sangat luas dan tidak dinafikan, ia memudahkan kita berhubung antara satu sama lain atau untuk memperolehi ilmu pada bila-bila masa, di mana jua kita berada.

Tapi anda perlu ingat, kegiatan di dunia siber tidak berbeza dengan kehidupan seharian kita. Kegiatan tidak bermoral juga berlaku dalam dunia ini. Antaranya ialah kegiatan membuli yang juga dikenali sebagai Buli Siber.

Kebiasaannya, mangsa buli akan mendapat kecederaan fizikal yang dapat dilihat dengan mata kasar tetapi ini berbeza dengan mangsa buli siber kerana mereka akan mengalami gangguan dari segi mental dan emosi. Keadaan ini akan menyebabkan banyak perkara yang boleh berlaku termasuklah perkara yang meragut nyawa. Jadi, sayangilah rakan-rakan anda dan jangan biarkan mereka menjadi pembuli atau mangsa buli siber ya!
Mangsa dihina atau dimalukan berulang kali melalui SMS di telefon bimbit, mesej/wall post di Facebook.
Mangsa diugut melalui gambar atau video yang boleh memalukan mereka.
Setiap perbuatan mangsa dalam laman web sosial dipertikaikan dengan komen-komen buruk.

Sekiranya anda atau kenalan berada dalam situasi ini, nasihatilah mereka untuk melaporkan kejadian tersebut kepada ibu bapa atau guru-guru. Anda juga perlu menasihati mangsa buli siber agar tidak berdiam diri sahaja apabila dibuli. Berikut adalah cara-cara untuk mengelakkan diri daripada berasa kecewa apabila dibuli:
Jangan berinteraksi dengan pembuli siber itu.
Laporkan kejadian tersebut kepada ibu bapa atau guru-guru.
Elakkan daripada menggunakan laman sosial buat seketika sehingga pembuli siber itu berhenti membuli.

Keselamatan semasa menggunakan Internet terletak di tangan anda sendiri. Justeru, berhati-hatilah dengan maklumat peribadi yang dikongsi di laman-laman sosial dan dengan kenalan di dunia siber. Kita tidak tahu apa yang boleh dilakukan oleh mereka!
Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pusat Bantuan Cyber999 melalui e-mel cyber999@cybersecurity.my atau hubungi Talian Nur 15999. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.cybersecurity.my dan www.cybersafe.my.
Article has been rephrased from:
Asuh, Bil. 187, Feb 2013 by Benny Lim, CyberSecurity Malaysia.